> 1 <

Author Message
izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1322   19/07/2007 11:29 GMT-13 hours      
1)Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

2)Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

3)Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

4)Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

5)Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

6)Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

7)Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

9)Jerawat
(a)Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

(b)Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

10)Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

11)Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

12)Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

13)Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

14)Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

15)Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

16)Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

17)Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

1Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

19)Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

20)Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

21)Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

22)Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

23)Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

24)Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

25)Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

26)Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

27) Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

2 Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

29) Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

30) Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

31) Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

32) Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

33) Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

34) Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

35) Demam Berdarah
(a)Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera.

(b)Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

36) Cara-cara mengurangkan demam
(a)Beri pesakit minum air yang banyak
(b)Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
(c)Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

37) Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
(a)Beri minum air zam-zam dan lap badannya
(b)Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:
"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

3 Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

39) Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

40) Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

41) Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala


42) Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

43)Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

44) Kencing Tidak Lawas
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

45) Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

46) Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

47) Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

4 Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

49) Untuk mengubati penyakit batu karang
Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

50) Panawar racun dan sengatan binatang berbisa
Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

51) Penawar jika dipatuk ular
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

52) Penawar gigitan anjing gila
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

53) Untuk merawati masalah batuk kering
Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

54) Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

55) Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

56) Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.

57) Benjol dan luka yang teruk
Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

5 Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

59) Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

60) Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

61) Pelembap muka
Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

62) Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

63) Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

izzi :
1) Petua-petua ini adalah kiriman email kenalan yang saya tidak pasti khasiatnya dan kesan sampingannya. Sebelum mencubanya; adalah lebih baik bertanya dengan orang tua-tua yang lebih arif.
2) Jika mencuba petua ini dan maslah yang sama berlarutan; dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor. Ini hanyalah rawatan alternatif yang diguna oleh nenek moyang kita zaman-berzaman.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1355   18/10/2007 15:10 GMT-13 hours      
UBAT JERAWAT

Ambil beras, kemudian tumbuk atau blender sampai hancur jadi serbuk. pastu, ambil sedikit serbuk beras tadi dan campurkan sedikit air. Buat macam bedak sejuk. Lumurkan kat mula sebelum tidur atau sambil tengok tv. janagan pulak pakai gi kerja, boss tengok boleh pengsan lak.

Kalau sapu sebelum tidur, bangun tidur bolehlah bersihkan dengan air suam. KAlau sapu waktu siang, dalam 2-3 jam, bolehlah bilas dengan air suam. Insyaallah, jerawat terutama jenis jerawat batu akan berkurangan dan hilang.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1361   27/10/2007 14:03 GMT-13 hours      
UBAT BAYI KENA SAKIT KUNING

Ni ubat yg provent dan aku alaminya sendiri.

Ceritanya begini....

Kira2 3 tahun lepas, wife aku bersalin anak sulung kami; luqman hakim bin izman. lepas sehari kat wad hospital jerantut, phg wife dan anak kai dibenarkan pulang. biasalah anak pertama; happy, excited, overjoy, dan sebagainya.

lepas 2-3 hari, luqman mula kekuningan. bukan kerana keturunan raja walaupun belah bini aku keturunan raja dan nik. tapi sakit kuning. sakit biasa bayi zaman moden ni.

So, atas nasihat org ramai, akupon gi kedai sensei (ubat cina) beli ubat bayi kuning. so, mandikan luqman dengan air ubat tu pada sebelah pagi dan petang. hasilnya? makin kuning! ubat tu sendiri warnanya kuning. airnya melekat pd luqman yg kulit putih (jangan tanya ayah luqman kulit apa, sensitif).

Bila jururawat desa dtg melawat, dia paksa hantar luqman ke hospital jerantut utk dirawat. tau la kan, bayi kena baring dlm incubator sambil disinari cahaya biru dan matanya ditutup mcm tawanan perang. mak aku pujuk nurse tu sabar sehingga esok. kalau tak baik kuning, luqman akan kami hantar ke hospital utk rawatan moden. Pujukan berjaya kerana klinik tu depan rumah mak aku je, dan nurse tu selalu lepak ngan mak aku petang2.

So, mak aku suruh cari susu kambing. aku carilah kat bandar dan ladang2 india utk beli susu. tak de. akhirnya dpt cari rumah org melayu yg bela kambing dan beranak. tuan kambing suruh aku perah sendiri. Masyaallah, perah sendiri! terpaksalah aku ngan sepupu aku msk kandang kambing dan perah sendiri.

Balik aku didihkan susu tu dan bagi luqman. suap sikit jer. alhamdulillah esoknya hilang kuning. tapi, mata putih ada kuning sket. org tua pesan perah sket susu ibu dlm mata. so, wife aku buat. Alhamdulillah dgn kuasa Allah. hilang kuning.

Alhamdulillah, anak nombor 2 tak kena kuning.

kesimpulan :-
1) Bagi minum susu kambing
2) titik susu ibu dlm mata
3) titik je? bagi la susu ibu kat anak. asyik bagi susu lembu je kat anak. susu ibu nak bagi sape lak.... (sendiri jawab la...)

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1381   07/11/2007 12:22 GMT-13 hours      
MENGHILANGKAN UBAN

Caranya senang sahaja. cukur kepala setiap kali rambut beruban tumbuh. biarkan botak. Kepala anda gerenti tiada uban.

izzi

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1396   09/11/2007 12:32 GMT-13 hours      
PETUA MELEBATKAN DAN MENGHITAMKAN RAMBUT

1) Cari daun rambutan (campur la yg muda dan tua) dalam 50 helai
2) Tumbuk atau blender daun rambutan tadi hingga hancur. campur la air sikit.
3) Campur dengan air dlm 500ml ke 1000ml. kalau boleh biar pekat
4) Sapukan kat rambut sampai basah dan biarkan dalam 30 minit ke 1 jam. jangan risau ia tak berbau busuk.
5) amalkan selalu.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1407   12/11/2007 19:18 GMT-13 hours      
PETUA MERENDAHKAN DARAH TINGGI DAN MENORMALKAN DARAH RENDAH

1) Cari buah mengkudu atau buah noni yang masak. (buah dia warna hijau, mengerutu mcm buah nenas)
2) bersihkan buah dan kupas kulitnya.
3) blender buah tadi dan toskan airnya(tapis hampasnya).
4) minumlah air buah mengkudu tadi sebagai amalan. Tak perlu dimasak. "cepat diminum begitu saja, oo..... mengkudu..."

Nota kaki :
a) Rasa dia agak pahit dan bau agak kurang menyenangkan.
b) kalau malas atau payah nak cari buah mengkudu, beli je serbuk mengkudu atau jus mengkudu yg telah diproses. insyaallah khasiatnya hampir sama. Sebaiknya proses sendiri sebab ia fresh dan khasiat masih banyak.

izzi Orang cakap rasanye pahit.

Mr_el

[99] ServerOp


Online status
523 posts
Location: Serdang Malaysia
Occupation: Pegawai Penyelidik
Age: 29

#1410   13/11/2007 12:36 GMT-13 hours      
Assalamu`alaikom

Amalan mengkudu banyak lagi kelebihan lain. Tapi awas! Pesakit darah tinggi yang baru mula mengambil jus mengkudu dinasihatkan ambil dalam jumlah yang sedikit dahulu, contohnya 2 sudu pagi sahaja selang dua hari..dah seminggu, ambil pagi dan petang. Dah 2 minggu, boleh la nak try tiap hari dan banyakkan. Mula-mula tu, darah tinggi boleh naik mendadak, tapi akan normal lepas tu. Pesakit juga boleh demam mula-mula mengambil tu. Jangan berhenti, tapi teruskan dengan jumlah yang sedikit, contohnya selang 3hari sekali ambil.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1411   13/11/2007 13:16 GMT-13 hours      
Thanks el atas input. itu nasihat dari saudagar sureco. ubat tradisional ni biasanya bersifat membuang penyakit hingga ke akar umbi, manakala ubat moden bersifat pelali atau menghalang kesakitan atau elak merebak. konsep mngubat tetapi akan bertambah sakit sebelum sembuh ni turut digunapakai dalam perubatan homeopati.

Aruah mak mertua aku dulu ada amalkan minum air dari jus mengkudu sureco. Dia juga mengamalkan ubat gigi cengkudu. Itu aku akan ingat sampai bila2 pasal sehari dua lepas nikah aku duduk rumah mertua. diorang pakai ubat gigi cengkudu sureco. masa tu aku mana bawa ubat gigi sendiri, bawa berus gigi je. 2-3 kali aku muntah pasal gosok gigi pakai sureco. bukan tak bagus tapi aku mmg alah pada menda pahit. jangan kata mengkudu, peria, ulam raja, tergigit bawang pon termuntah hijau aku.

crita ubat gigi cengkudu, aruah mak mertua aku bagitau boleh guna macam2 spt ubat sakit gigi, ubat gigit nyamuk dan lain2. nak tau kena la orang bisness sureco crita.

petua mengkudu aku adalah kisah benar oleh kawan aku bangsa indonesia yg mengamalkannya.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1419   14/11/2007 17:01 GMT-13 hours      
BUANG AIR BESAR BERDARAH
Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu,
campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan
malam sehingga masalah itu tiada lagi.


LEMAH RASA BADAN
Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam
beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu
hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu.
Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.


KELEMUMUR
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di
seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan
syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda
akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air.
Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal
ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut
anda akan sentiasa berbau harum.
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan
secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga
campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak.
Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya
Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.


MELICINKAN BETIS
Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka
anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih
sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda
dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.


DEMAM SELSEMA
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-
ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air
ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak
anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.


RAWAT TUMIT RETAK
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian
kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi
pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya
Allah.


KUDIS API
Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat.
Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis
api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah
untuk memastikan kejayaannya.


ELAKKAN TANGAN MELEPUH
Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau
tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada
tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah,
tangan anda akan terelak dari melepuh.


GIGI LEBIH KUAT
Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan
air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari.
Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.


MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA
Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk
semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa
kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.


TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT
Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi
pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah.
Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa
sakit atau kesan di kepala anda..


TERSELIUH DAN LEBAM
Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan
sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh
bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula
sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam
daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah
panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di
bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.


UBAT SEMPUT
Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is
mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-
duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-
kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan
mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga
menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga
direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini
dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.


BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL
Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam bersama air dan
masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan
betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali. Seelok-
eloknya dsapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..


DEMAM KUNING
Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda.
Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di
samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya
Allah.
Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit
kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu
dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan
ia suam terlebih dahulu..


MENAMBAH AIR SUSU
Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi menyebabkan ibu akan
mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan dilahirkan..


SAKIT KEPALA
Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala.
Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala.
Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala..


SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR
Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau
kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-
kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak
sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah
diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan
dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam
botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya..


URAT BETIS TIMBUL
Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan
anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan
bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang
itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat
dari api itu. Biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan sebelum tidur
malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi
boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit.
InsyaAllah.


DEMAM CAMPAK
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas
air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan
dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis
keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman,
ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit
basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan
kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai
berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).


RUAM PANAS
Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan
aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun
peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi
anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di
badannya..


BERAK BERDARAH
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai
kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu
cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah
penyakit anda akan sembuh.


LELAH
Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas
tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu
jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas
ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air
terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih
elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama
seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..


MUNTAH
Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada peringkat
permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk halus
dan dicampurkan air panas. Kemudian minum. Insya Allah.


HILANGKAN RUAM
Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudia
saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada
setiap kali mandi.


KURAP SUSU
Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan
airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk,
kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. Insya
Allah kurap itu akan hilang. (Petua ini juga boleh digunakan untuk
sebarang jenis ruam).


MENJARANGKAN KELAHIRAN
Ambil Segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu jari tangan)
di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada ingin
air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang.
Setelah air halba sejuk (suak-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua
kali sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan
ini juga berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit
lenguh-lenguh sendi.


SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR
Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum
air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap
tidur.


LEBAT & CANTIKAN RAMBUT
Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut adalah
sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan
meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul
batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan
dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda
setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan
menjadi sihat dan berseri.


BATUK
Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di
tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah
sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah
pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam
berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.


RAMBUT JARANG
Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan
harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda
bertambah lebat.


HILANGKAN JERAWAT
Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih.
Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah
ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini
terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat
mencuba.


TAWARKAN IKAN MASIN
Sebelum anda memasak atau menggoreng ikan masih ini, terlebih dahulu
hendaklah direndamkan dalam air selama lebih kurang 10 minit. Setelah
itu boleh dimasak mengikut citarasa anda.


TAWARKAN BISA KALA JENGKING
Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit
minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu. Balutkan
dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa kecuali
rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan.
Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.


PENYAKIT KULIT PADA BAYI
1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti
dijauhakn dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau
mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu
yang melekat pada pakaian.
2. Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air
limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi
3. Jangan memandikan bayi dengan sabun . Sebaliknya mandikan
bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu
tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga
larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi.
4. Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh
dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun
serbuk.
5. Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit
bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi
dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh
didapati difarmasi
6. Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula.
Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau
petunjuk dari doktor..


LUKA
Ambillah lebih kurang sepuluh helai daun jambu batu dan basuh hingga
bersih. Kemudian dikeringkan dengan menggunakan kain bersih. Layurkan
daun jambu batu itu di api hingga kering dan rapuh. Selepas itu
ditumbuk atau dilumatkan hingga menjadi serbuk. Letakkan serbuk daun
jambu batu ini pada luka tersebut.


SAKIT PERUT
Ambikan dua genggam buah enai, sedikit gula dan satu gelas air untuk
merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak.
Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda
akan mendapat manfaatnya.


JERAWAT 2
Bilaslah dahulu muka anda dengan air bersih lalu kemudian bilas pula
dengan air kelapa 1 - 2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih.
Lakukan dalam beberapa hari. Insya Allah, anda akan bebas dari
jerawat.


SAWAN DI KEPALA
Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala
berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga
helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan
ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas
suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala.
Lakukan setiap kali memandikan si bayi.


SAKIT GIGI
Sediakan ibu (garam kasar), daun senduduk dan enam keping asam
keping. Semua bahan ini direbus dengan lima cawan air hingga menjadi
dua cawan . Setelah itu berkumurlah dengan air rebusan ini.


KUKU BERNANAH
Bersihkanlah terlebih dajulu kuku tersebut dengan air panas suam yang
sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu cuka makan
lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali selama
seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya. .


JERAWAT 3
Amalkan menyapu minyak sapi seluruh muka setiap hari. Walaupun baunya
kurang menyenangkan tetapi anda akan berpuas hati dengan hasilnya di
mana muka anda akan licin dan berseri. Insya Allah.


BADAN WANITA BERBAU
Masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini boleh diatasi dengan
mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan
akan hilang.


KULIT MUKA KERING
Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas
ialah dengan membersihkan muka dengan air panas sua. Setelah itu
sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit
muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya
meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan
dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.


BATUK BERPANJANGAN
Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan
dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Semalamt mencuba,
semoga batuk anda segera sembuh.


MATA MERAH DAN GATAL
Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air.
Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu
rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan
pulih seperti sediakala.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1422   16/11/2007 18:30 GMT-13 hours      
MENGHILANGKAN BAU KETIAK

PETUA 1
1) Cari buah limau nipis, dipotong tiga. Ingat empulur tengahnya (urat buah) hendaklah dibuang.
2) Letakkan sedikit kapur makan pada hirisan limau tadi. (Kapur makan ialah kapur yg biasanya digunakan untuk makan sirih. Kat kedai india senang dapat).
3) Tengeh je la kat ketiak. Biarkan seketika dlm 3-5 minit supaya baunya dapat dihilangkan oleh kuasa limau dan kapur tadi.
4) Bilas la dengan air. Sebaiknya buat semasa hendak mandi kerana campuran tersebut akan menyakibatkan rasa panas.
5) Amalkan setiap dua hari sehingga bau hilang. Lebih baik jadikan amalan setiap 2 minggu.

PETUA 2
1) Cari daun sirih dalam 3-4 helai.
2) Tenyehkan sirih tadi ke ketiak. Biarkan seketika, dan bilas atau mandi.
3) Jadikan amalan.

PETUA 3
1) Cari ubat gigi (sebarang jenama), ambik dalam 2 cm.
2) campur sedikit air dan tenyeh bawah ketiak.
3) Bilas atau mandi.

PETUA 4
1) Pergi ke mana2 pasaraya berhampiran
2) Beli ubat ketiak @ deodorant (sebarang jenama)
3) Tenyeh la kat ketiak sebelum gi kerja atau keluar jumpa orang. Malu la ketiak busuk.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1424   19/11/2007 17:47 GMT-13 hours      
PETUA MENGHILANGKAN SAKIT KELENJAR

Sakit kelenjar tengkuk atau dikenali juga sebagai saking keng oleh orang pantai timur terjadi pada leher atau berhampiran telinga. Bengkak tak seberapa tapi ia berdenyut dan sakit bila gerak kepala atau bercakap dan makan.

Rawatan tradisional :-

1) cari nila seketul. Nila tu yg masa sekolah dulu kita guna untuk bilas baju sekolah elak kotor, yg warna biru tu. sebaiknya guna yg berketul. yg jenis cecair kureng mujarab sikit.
2) campurkan dengan sedikit cuka makan. kalau campur cuka getah alamatnya almarhumlah muka korang nanti. CUKA MAKAN!
3) kacau hingga sebati, campuran dia ialah satu sudu cuka makan dan 1/10 nila. sikit dah la.... asal nampak biru gelap dah la....
4) Sapukan pada bahagian yg bengkak. biarkan kering. Sebaiknya sapu pada sebelam malam.
5) Amalkan sehingga sakit hilang.

izzi :
Aku konfiden cara ni sebab bapak aku pernah buat cara ni masa aku kena sakit keng, Alhamdulillah mujarab.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1584   14/02/2008 09:49 GMT-13 hours      
Sambil surf internet aku jumpa khasiat pokok2 yg mungkin kita rasa tak berguna tapi sangat berkhasiat. Sejauh mana kebenarannya, akupun tak tahu. Sebelum guna tanyalah org2 tua yg lebih arif. Kang tak pasal2 ada kawan yg pulang ke rahmatullah.

JARAK
Nama sains bagi pokok jarak ialah Ricinus Communis. Jarak berasal dari benua Afrika. Sekarang pokok jarak banyak terdapat di kawasan tropika. Jarak mempunyai kepentingan tidak sahaja dari segi kesihatan malah dari segi ekonomi. Minyak yang terhasil daripada biji jarak digunakan untuk menyalakan pelita. Walau bagaimanapun, kepentingan pokok jarak tidak mempunyai pasaran lagi. Tetapi dari segi kegunaan dalam perubatan tradisional jarak amat penting sekali. Semua bahagian pokok jarak boleh dibuat ubat.

Antara kegunaan jarak ialah, daunnya yang segar jika dipanaskan boleh mengubati penyakit gout, reumatisme, sakit kepala, ulser dan sesak nafas. Orang China menggunakan biji jarak untuk mengubati uterus atau rektum yang terkeluar dengan dihancurkan dan digosok di kepala. Jika digosok pada tapak kaki, ia boleh merangsang plasenta keluar selepas bersalin. Biji jarak juga dijadikan ubat sakit kepala, pekak, tibi, penyakit kulit, berak berdarah, buasir, bengkak-bengkak, penyakit buah pinggang, perangsang buang air besar dan juga merangsang proses bersalin. Akar dan daun digunakan sebagai ubat lumpuh saraf pada muka, tetanus, sawan, sakit sendi dan pelbagai penyakit kulit.

Di Amerika Tengah, terdapat amalan memakan dua atau tiga biji jarak sebagai perangsang untuk membuang air besar. Minyak yang diperoleh daripada biji jarak juga ditelan sebagai julap. Di Guatemala, biji jarak dicampur dengan turpentin dan ditelan untuk membunuh cacing pita di dalam perut. Di Bahamas dan Caicos, minyak dari biji jarak ditelan untuk mengubati selesema dan juga menjadi tonik bagi kanak-kanak dan ibu yang baru bersalin. Di Trinidad, minyak jarak ditelan oleh ibu yang sedang mengandung dan selepas bersalin untuk merangsang buang air besar. Di Curacao, minyak jarak digunakan sebagai ubat sapu untuk mengubati bengkak-bengkak pada badan. Di Mexico, daun jarak yang telah disalai dilekapkan pada payudara ibu yang menyusui anak untuk merangsang pengaliran susu. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit reumatisme dan tumor yang teruk.

Daun pokok yang segar ini jika dibalut pada kepala boleh melegakan sakit kepala dan demam panas. Selain itu daun yang ditumbuk berguna untuk mengatasi sakit perut dan juga ditampal pada bisul dan kudis. Di Yucatan, daun jarak ditampal pada badan untuk merangsang peluh supaya dapat mengatasi demam panas. Manakala daun yang disapu minyak kelapa atau minyak salad dipercayai boleh mengatasi kejang otot dan bengkak di kaki dengan cara dibalut pada bahagian kaki yang bengkak. Di samping itu ia juga digunakan untuk mengatasi sakit gigi.

Di Brazil, air rebusan daun jarak digunakan untuk mengecutkan buasir dengan berendam di dalam airnya. Air rebusan ini juga boleh diminum untuk mengatasi masalah kolon. Di Cuba pula ia digunakan untuk merangsang buang air kecil dan mengatasi masalah kelenjar prostat yang bengkak. Manakala di Jamaica, ia digunakan untuk mengatasi bengkak-bengkak sendi. Di Bermuda pula daun yang ditumbuk lumat di sapu pada gusi yang bengkak.



MENGKUDU BESAR
Nama botani bagi mengkudu besar ialah Morinda Citrifolia Linnaeus. Pokok ini berasal dari Queensland di Australia. Ia tumbuh di kawasan lapang, terutama di Asia Tenggara.. Penduduk di Semenanjung menanam pokok mengkudu besar hanya sebagai sumber ubatan, walaupun ia boleh dijadikan pewarna. Buah yang sangat masak dimakan sebagai perangsang aliran haid dan juga sebagai ubat kencing manis. Air perahan buah diminum sebagai ubat penawar sengungut, perangsang haid, penawar darah beracun, asma, masalah pernafasan, bengkak dan sakit otot, sakit semasa buang air kecil dan besar. Buah yang digunakan bersama bahan lain boleh mengubati bengkak limpa, penyakit hati, beri-beri, pendarahan dan batuk-batuk.

Di Jawa, isi dihancurkan bersama gula dan dicampur air untuk dijadikan jus buah mengkudu. Ia diminum sebagai perangsang buang air besar. Air rebusan kulit kayu pula digunakan sebagai ubat demam panas, demam menggigil dan demam malaria. Kulit kayu juga adalah sejenis toksik dan antiseptik untuk mengatasi masalah kulit seperti kudis, luka dan ulser. Daun yang dipanaskan diletak dibadan sebagai ubat batuk-batuk, bengkak limpa, demam panas dan sakit perut. Sekiranya dicampur dengan bahan lain pula boleh mengubati sakit campak. Air rebusan daun pula di minum sebagai ubat cirit-birit, disenteri, antiseptik, muntah-muntah, kolik, demam panas, sawan dan tonik. Akar, daun dan buah digunakan untuk membunuh cacing dalam perut. Di Vietnam akar digunakan sebagai penawar kejang otot, tetanus dan darah tinggi. Di negara Virgin Island, tumbuhan ini digunakan sebagai ubat sakit jantung. Orang negara Dominica guna daun mengkudu besar untuk mengubati sakit reumatisme. Mengkudu besar dan misai kucing juga digunakan sebagai ubat arteriosklerosis dan darah tinggi.



ASAM JAWA
Nama sains bagi asam jawa ialah Tamarindus Indica. Pokok ini tumbuh liar di kawasan barat India dan benua Afrika. Asam jawa ada dua jenis iaitu masam dan manis.

Asam jawa ini banyak kegunaannya, selain untuk dimakan dan dijadikan tepung atau kanji ia amat bernilai dalam pengubatan pelbagai penyakit. Asam jawa dan akarnya digunakan untuk menyejukkan badan dan pelawas buang air besar dan kecil. Kayu teras digunakan untuk mengubati penyakit hati dan penawar kurang selera. Kulit buah dan kulit kayu pula digunakan untuk ubat cirit-birit.

Kulit kayu juga dibuat losyen untuk penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser dan gatal digigit serangga. Air rebusan daun diminum sebagai penawar demam panas. Daun muda pula ditumbuk dan dicampur kunyit untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah. Air rebusan kulit kayu pula diminum untuk melegakan lelah. Di kawasan Amerika Tengah dan di Yukatan kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar dan kecil dan juga demam panas. Di Curacao, asam jawa yang belum masak direbus dan diminum untuk ubat selesema. Air rebusan daun pula untuk mengubati sakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buah yang masak pula di buat sirap untuk mengubati batuk.

Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa di minum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot. Di pulau utara Caicos, daun asam jawa direbus bersama-sama dengan rumput benggala dan daun pokok nona, ia diminum sebagai tonik. Orang Bahamas pula merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu dicampur dengan limau nipis dan gula kemudian diminum sebagai penawar demam panas. Air teh dan asam jawa digunakan sebagai losyen bagi mengubati bengkak mata. Di Cuba, di samping kegunaan asam jawa seperti yang diamalkan di tempat lain, air rebusan akar asam jawa digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan. Biji asam jawa yang dipanggang di buat ubat cirit- birit.



PINANG
Nama sains bagi pinang ialah Areca Catechu. Ia berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia negeri Pulau Pinang memperolehi namanya daripada pokok ini. Pinang ini biasanya di kunyah bersama sireh bagi masyarakat Melayu dahulu. Ada beberapa jenis pinang dengan rasa yang berlainan. Jenis yang tidak sesuai dimakan ialah pinang Mengkelan dan pinang Mabuk.

Di kebanyakan kawasan, biji pinang, sabut, pucuk, kudup, daun dan akar digunakan dalam perubatan tradisional. Serbuk pinang digunakan sebagai ubat luka dan pelbagai penyakit kulit. Orang Malaysia menggunakan air rebusan daun pinang untuk memandikan kanak-kanak sebagai penawar cirit-birit. Daun pinang yang dicampur dengan bahan lain digunakan sebagai ubat sakit perut. Daun pinang yang digulung bersama daun pokok tanjung dihisap seperti rokok untuk mengubati resdung.

Minyak yang terkandung dalam daun pinang telah terbukti mempunyai ciri antiseptik dan berkesan untuk mengubati penyakit kerongkong, bronkitis atau bengkak salur pernafasan. Air buah pinang muda digunakan sebagai penawar pelbagai masalah mata, demam panas, sawan, disenteri dan pirai. Air biji pinang disapu pada kepala untuk melegakan sakit kepala. Akar pinang di rebus atau dicampur ramuan lain dan diminum sebagai ubat disenteri. Isi batang dan akar pinang ditumbuk halus, digulung dengan daun sireh, dicelup dalam minyak panas dan dimasukkan dalam lubang telinga untuk menghentikan pendarahan.

Di China, pinang sudah lama digunakan untuk membunuh cacing pita. Biji pinang digunakan sebagai ubat cirit-birit, lumbago, demam panas, bronkitis, dan pelbagai penyakit sistem air kecil. Manakala sabut pinang pula digunakan untuk mengubati penyakit beri-beri, edema (takungan air dalam tisu kaki), dan pitam. Di Indo-China dan Indonesia air rebusan pinang digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar dan kecil. Jika dicampur dengan ramuan lain pula boleh dibuat ubat sakit perut. Di India, biji pinang yang dicampur susu atau minyak sapi digunakan untuk membunuh pelbagai cacing. Air sirih pinang yang dikunyah pula dibuat penawar gigitan sotong. Apabila gusi berdarah, serbuk pinang pula digunakan.

Di Eropah biji pinang digunakan untuk membunuh pelbagai cacing dan mengubati penyakit masalah usus. Serbuk biji pinang digunakan dalam perubatan orang Inggeris bagi penyakit cacing kerawit atau cacing pita dalam usus dan perut. Dalam perubatan tradisional, mayang bunga pinang digunakan sebagai pengebas dalam upacara menyembuh penyakit. Asap hasil sabut pinang yang dibakar dipercayai dapat menghalau hantu dan ia juga digunakan untuk mengasap rumah dan pesakit yang dirasuk hantu.



MERUNGGAI
Nama sains bagi merunggai ialah Moringa Oleifera dan sinonim dengan Moringa Ptergyosperma. Merunggai juga dikenali dengan nama ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Pokok ini berasal dari India dan sekarang banyak ditanam di pelbagai kawasan tropika dan subtropika, terutama di Asia disamping benua Amerika seperti Florida di Amerika Syarikat, Mexico, Peru, Paraguay, Brazil, Venezuela, Hindi Barat, Kepulauan Turki dan Caicos.

Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Ia diubati dengan cara menyapu daun yang ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea.

Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah, dan mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri, dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakan gam ini untuk mengubati kelenjar yang bengkak. Orang Jawa pula menggunakan gam ini bagi mengubati sakit usus.

Di kawasan Amerika Tengah, terutamanya di Curacao, akar merunggai sepanjang 15 cm diambil, dicuci bersih dan cecair di dalam akarnya itu dihisap; cecair ini didapati boleh menjadi penawar selesema. Di Guetamala, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga pelawas buang air besar. Di Nicaragua dan El Salvador, akar yang kering digunakan sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan masalah buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar. Di Pulau Caicos, air rebusan bunga diminum sebagai penawar batuk.

Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai ini dicampur dengan limau nipis sebelum diminum untuk tujuan yang sama. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapunya pada bahagian badan yang ada ketuat untuk mernghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air rebusan biji dan daun merunggai diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang Bahamas dan Jamaica merendam kulit merunggai di dalam alkohol dan menggunakannya sebagai ubat sapu bagi melegakan sakit kepala dan sakit-sakit badan. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan di dalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.



KUNDUR
Nama Botani bagi buah ini ialah Benincasa Hispida (Thund) Cogn. Nama lain bagi buah ini ialah Benincasa Cerifera G. Savi. Hanya terdapat satu spesis kundur di dunia dan ianya ditanam dinegara-negara tropika terutama di Asia Tenggara. Di Malaysia buah kundur juga dikenali sebagai nama beligu.

Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan. Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka. Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka. Bagi orang Filifina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak.



PEGAGA
Nama sains bagi pegaga ialah Centella Asiatice. Pegaga mempunyai nama lain iaitu daun kaki kuda atau tapak kuda, pegaga tekukur dan pegaga ular. Ia banyak didapati di kawasan tropika dan juga suptopika seperti di selatan China dan Utara India.

Pegaga ini dijadikan penawar racun makanan seperti alergi, antikanser, cirit-birit, perangsang buang air besar dan kecil, sakit kerongkong, batu karang, kencing berdarah, ubat kusta, gonorea, bronkitis, asma, luka, kudis dan bisul. Pegaga juga mujarab untuk mengubati penyakit gagap. Bagi masyarakat Jawa, ia dijadikan ubat sakit telinga. Orang Cina guna pegaga untuk penyakit hepatitis, campak, selesema, sakit tonsil, batu karang dan penawar racun salah makan, dan muntah berdarah. Ia juga dijadikan penawar racun ular bisa. Di Brazil ia dijadikan ubat kanser uterus, kusta dan kaki gajah.





TUMBUHAN – TUMBUHAN LAIN

ULAM RAJA

Ia digunakan sebagai ajen pencuci darah dan untuk menguatkan tulang.


BENDI
Sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam perubatan berkesan digunakan sebagai perangsang buang air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.


JERING
Jika diambil secara berterusan dengan kadar sedikit mujarab untuk penyakit kencing manis.


PETAI
Berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.


PISANG
Elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limpa.


TERUNG PIPIT
Boleh mengubati retak kulit pada kaki dan mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar racun ular dan serangga serta untuk meredakan sakit perut.


CEKUR MANIS (Sauropus androgynus)
Sebagai penawar darah tinggi dan pelbagai penyakit kardiovaskular.


KETAPANG
Ubat penawar darah tinggi dan tonik kardiak.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1692   19/11/2008 15:00 GMT-13 hours      
Petua elak sakit badan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro. com.my

BILA usia semakin meningkat, antara masalah sering dialami ialah tegang otot dan sakit sendi, terutama bagi individu yang kurang aktif dan jarang bersenam.

Bagi yang berbadan besar, mereka ada satu masalah tambahan iaitu sakit lutut dan khususnya apabila mahu bangun daripada duduk atau menaiki tangga.

Sakit lutut sebenarnya berpunca daripada sakit sendi yang dialami 23 peratus rakyat negara kita berumur 55 tahun ke atas. Daripada jumlah ini, 39 peratus adalah warga emas berusia lebih 65 tahun.

Secara umumnya wanita lebih ramai mengalami masalah sakit sendi berbanding lelaki. Ia mungkin disebabkan tugas wanita yang tidak pernah habis kerana wanita kini bukan saja bersama-sama bekerja mencari rezeki, tetapi juga perlu membereskan kerja di rumah, termasuk menguruskan anak.

Ini sebabnya lelaki yang mendakwa mereka ‘lebih gagah’ dan sayangkan isteri perlu berganding bahu membantu menguruskan rumah tangga supaya sendi insan tersayang tidak menerima terlalu banyak bebanan.


Walaupun penuaan antara faktor risiko kepada masalah osteoartritis di mana sendi boleh mengalami kemerosotan, ia bukan penyebab penyakit itu. Berita baiknya, masalah sakit sendi boleh dielak dengan mengamalkan beberapa kaedah perlindungan dan penjagaan mudah.

Menurut Perunding Reumatologi Hospital Selayang, Dr Asmahan Mohamed Ismail, perkara paling penting ialah jaga badan (supaya bukan saja mudah bergerak tetapi nampak lebih cantik) dan melakukan aktiviti yang boleh menggerakkan sendi dengan cara bersenam.

Pilih jenis senaman yang bersesuaian dengan diri sendiri. Mereka yang tidak pernah bersenam dan ada masalah kesihatan disaran berbincang dulu dengan doktor untuk mengelak masalah yang mungkin timbul.

Namun secara umumnya senaman ringan seperti berjalan cepat, menari, tai chi, berenang atau berbasikal memberi kesan positif kepada sendi kita.

Untuk mengelak kecederaan, jangan lupa mulakan senaman dengan gerakan memanaskan badan badan dan diakhiri dengan regangan.

Usah bertangguh untuk melakukan perkara baik; dan senaman adalah cara paling mudah untuk menyayangi badan. Ia bukan saja membantu mengembalikan keanjalan sendi, tetapi turut berguna untuk menguatkan otot.

Lebih banyak kita bersenam, kita ada peluang lebih besar untuk mencegah masalah ketegangan dan sakit sendi. Kajian Universiti Queensland, Australia ke atas wanita pertengahan umur (48 hingga 55 tahun) dan warga emas (72 hingga 79 tahun) mendapati senaman secara sederhana yang dilakukan dengan tetap boleh mengurangkan masalah sakit sendi.

Senaman yang dilakukan lebih kerap sehingga dua setengah jam seminggu pula boleh mencegah gejala artritis atau sakit sendi pada wanita warga emas.

Walaupun kesannya tidak dilihat pada wanita pertengahan umur, secara keseluruhan semuanya mempunyai tahap kesihatan lebih baik berbanding kumpulan yang tidak bersenam.

“Pengurangan berat badan sangat penting bagi individu yang mengalami masalah sakit sendi. Penurunan sebanyak lima kilogram berat badan bermakna kita berjaya mengurangkan beban sebanyak 15 hingga 30 kilogram yang ditanggung lutut.

“Ubat untuk osteoartritis ada dua jenis iaitu analgesik (ubat tahan sakit) dan ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) yang bertujuan mengurangkan radang pada sendi. Ubat analgesik biasa seperti paracetamol juga sangat baik dan berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.

“Namun kebanyakan doktor lebih suka memberi NSAIDs kepada pesakit kerana kesannya lebih kuat. Hanya 2.5 peratus doktor memberi ubat analgesik biasa kepada pesakit. Walaupun NSAIDs dianggap lebih baik, ia ada kesan sampingan.

“Doktor sepatutnya berbincang dengan pesakit terlebih dulu mengenai pemilihan ubat. Kajian tempatan menunjukkan analgesik biasa dapat mengurangkan kesakitan pada 77 peratus pesakit yang membolehkan mereka melakukan kerja harian dengan lebih baik.

“Kesannya bertambah baik jika rawatan dilengkapi dengan senaman,” katanya pada Kongres Awam Tulang dan Sendi anjuran Yayasan Artritis Malaysia.

Menyayangi sendi bukan dengan duduk diam tanpa menggunakan anggota berkenaan, sebaliknya ia perlu digerakkan supaya menjadi lebih anjal dan kuat.

Walaupun kebanyakan masalah sakit sendi boleh diatasi dengan pengambilan ubat, kebimbangan terhadap kesan sampingan ubat moden menyebabkan semakin ramai pesakit mula beralih kepada rawatan alternatif.

Memang benar semua ubat ada kesan sampingan, tetapi peratusannya masih jauh lebih kecil berbanding manfaat yang diterima.

Laporan disiarkan dalam Risalah Kesihatan Harvard April 2008 menyatakan, tujuh masalah kesihatan boleh ditangani tanpa mengambil ubat; iaitu melalui senaman.

Pendekatan tanpa ubat ini terbukti boleh meningkatkan kualiti hidup dengan syarat ia dilakukan secara berdisiplin, bersungguh-sungguh dan teratur.

Tujuh masalah kesihatan itu ialah:

Artritis — Pengurangan berat badan akan mengurangkan beban yang perlu tanggung oleh sendi, terutama lutut, tulang belakang dan buku lali. Bagi yang tidak perlu mengurangkan berat badan pun, senaman boleh melegakan kesakitan sendi

Kolesterol — Paras kolesterol buruk (LDL) menurun sebanyak lima peratus jika anda menjauhi makanan kaya lemak tepu. Selain mengambil lebih banyak sumber serat, senaman membantu memudahkan penurunan paras kolesterol darah

Menguatkan ingatan — Walaupun latihan otak (seperti membaca, mengira, membuat kerja kreatif) penting untuk menguatkan ingatan, senaman fizikal juga memberi kesan positif terhadap kesihatan minda

Kemurungan — Senaman dapat membantu mengurangkan kesedihan dan kemurungan kerana apabila kita bersenam, badan menghasilkan hormon endorfin yang membuat kita berasa gembira dan selesa

Kencing manis — Senaman secara teratur boleh menjadi ubat berkesan untuk menurunkan paras gula darah. Bersenam membolehkan otot menjadi lebih sensitif terhadap insulin yang bertugas mengangkut gula dari dalam darah dan dipindahkan ke sel untuk digunakan sebagai tenaga. Pada masa sama, pesakit perlu mengawal pemakanan mereka dengan mengurangkan makanan manis dan berkarbohidrat.

Tekanan darah tinggi — Masalah ini boleh dikawal dengan menurunkan berat badan melalui senaman dan kurangkan pengambilan garam

Osteoporosis — Senaman mengangkat beban memberi tekanan kepada tulang. Tisu tulang akan bertindak balas dengan menambah kekuatan dan ketumpatan tulang yang secara tidak langsung mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu banyakkan pengambilan kalsium dan vitamin D.


Jaga sendi
Kekalkan berat badan seimbang

Bersenam dan gerakkan sendi anda!

Berdiri tegak, jangan membongkok. Postur badan yang baik secara tidak langsung melindungi sendi lutut, pinggul dan tulang belakang

Buat senaman mengikut kemampuan anda. Usah lakukan aktiviti yang menyakitkan badan. Juga jangan cuba bersaing dengan orang lain kerana keadaan, tahap kesihatan dan daya ketahanan kita berbeza

Dengar dan fahami kehendak badan. Berhenti jika anda terasa sakit, terlalu penat atau terasa hendak pitam

Guna sendi besar apabila hendak mengangkat barang

Jangan terlalu paksa diri. Atur waktu untuk melakukan aktiviti cergas dan rehat

Jangan jadi statik. Justeru, alih kedudukan anda selepas tempoh tertentu

Minta bantuan — dapatkan maklumat mengenai jenis senaman, tempoh, tanda masalah yang mungkin timbul (jika anda menghidap penyakit tertentu)

Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk bersenam.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1693   05/12/2008 10:33 GMT-13 hours      
KELEBIHAN HALBA


Rasulullah saw bersabda :

'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.5

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1705   16/04/2009 19:27 GMT-13 hours      
PETUA MENCUCI BLENDER

1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
3-ON kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika

Lihatlah hasilnya.
Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda ON blender/mixer tersebut.
Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai pemberus bagi mencuci blender anda.
Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.

Caranya ialah:
1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1708   15/05/2009 19:28 GMT-13 hours      
DARIPADA KELAS PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN


1. AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2. AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman

3. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental

4. AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.

5. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.


1. YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

2. AWET MUDA (dalaman dan luaran) Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.
Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,3
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

3. KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

4. MENGELAKKAN SAKIT KEPALA Bawa ayat Al-Waqiah Ayat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan.

izman

[1] Members


Online status
222 posts
Location: Port Klang Malaysia
Occupation: Kerja Kilang
Age: 34

#1712   23/07/2009 19:16 GMT-13 hours      
PETUA BUANG KETUAT DARI ANGGOTA BADAN

beli minyak tanah dan kapur makan, campurkan keduanya dalam satu piring 9sikit2 je). gaul sebati, dan lumurkan pada ketuat. Insyaallah, dalam seminggu dua, ketuat akan tanggal sendiri.

> 1 <