Latar belakang kolej
Author : Admin / Date : 10/11/2005 02:14
View or add comments : (0)
Average members rating : 0
SEJARAH

Kolej EON mula mendapat nama apabila pihak pengurusan universiti bersetuju agar kolej-kolej kediaman di Universiti Utara Malaysia dijadikan kolej angkat kepada badan-badan korporat di Malaysia. Kolej EON dirasmikan pada 6hb. Mac 1996 bersamaan 16 Syawal 1416H oleh Yang Berbahagia Dato' Adzmi b. Abdul Wahab, Pengarah Urusan Edaran Outomobil Nasional Berhad.


LATARBELAKANG

Kolej EON mempunyai lapan blok. Jumlah muatan pelajar ialah 1398 orang. Pentadbiran dipegang oleh pengetua, 4 felo, Penolong Pengurusan Asrama dan kakitangan am. Aktiviti pelajar pula ditadbir oleh jawatankuasa pembangunan pelajar kolej (JPPK).


LOKASI

Kampus Universiti Utara Malaysia terletak di Sintok, 48 km di utara Alor Setar dan 10 km di timur Changlun, sebuah pekan di Lebuhraya Utara-Selatan. Kampus seluas 1061 hektar ini berharga RM580 juta. Ianya mula beroperasi pada 15 September 1990. Ia mempunyai 12 buah kolej kediaman pelajar serta dua taman yang di namakan Taman Universiti dan Taman Siswa yang boleh menampung sehingga 15000 orang. Kolej-kolej tersebut diberi nama Kolej MAS, Kolej TNB, Kolej Proton, Kolej Pernas, Kolej Pertonas, Kolej EON, Kolej Guthrie, Kolej MISC, Kolej Telekom Malaysia, Kolej Perwaja, Kolej Mybank dan yang terbaru Kolej Asiania serta Kolej Bank Muamalat. Kolej EON merupakan kolej yang ke lima. Ianya terletak di laluan B serta merupakan kolej terpanjang di UUM.


FALSAFAH

-Menjunjung wasilah ke arah pembentukan mahasiswa yang berteraskan nilai-nilai keintelektualan.
-Memupuk serta mewujudkan semangat kecintaan terhadap kolej.


MATLAMAT

-Iltizam sebagai wadah tunas dalam melahirkan intelektual berwibawa dan berdaya saing.


OBJEKTIF

-Melahirkan generasi yang berketrampilan dari segi ilmu dan pembentukan sahsiah.
-Melahirkan barisan kepimpinan yang mempunyai pelbagai kemahiran.
-Memupuk sikap bertanggungjawab dan ikhlas di kalangan warga kolej.
-Melahirkan mahasiswa yang agrasif, aktif, inovatif dan dinamik.
-Menerapkan nilai-nilai kesyukuran di kalangan warga kolej.
-Mewujudkan rasa kecintaan kepada kolej dengan ikatan interaksi yang berterusan.


AZAM

Mengekalkan dan menjadi kolej yang cemerlang dari semua aspek.


MOTTO

Warga berketerampilan, penjana keunggulan.