Serba sedikit latar belakang penubuhan alumni
Author : / Date : 10/11/2005 19:35
View or add comments : (0)
Average members rating : 0
Sinopsis
Alumni Pelajar Kolej EON telah dicadangkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak kepada pengetua-pengetua kolej bagi mewujudkan Alumni Pelajar kolej masing-masing.

Jawatankuasa Pelaksana Grand Dinner Kolej EON 2001 mengambil inisiatif bagi mengadakan majlis Pelancaran Alumni Pelajar Kolej EON pada malam Grand Dinner 2001 19 Februari 2002 yang lalu. Ia telah dilancarkan oleh Prof. Madya Mohd Fo’ad Sakdan, Dekan Pembangunan Pelajar Universiti Utara Malaysia.

Penubuhan Alumni Pelajar Kolej ini merupakan suatu usaha bagi mengumpul semula pelajar Kolej EON yang telah menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Objektif
Menghimpunkan semula bekas-bekas pelajar Kolej EON yang telah menamatkan pengajian di UUM.

Mengikuti halatuju dan perkembangan kerjaya pelajar-pelajar Kolej EON setelah menamatkan pengajian masing-masing.

Mewujudkan pelajar Kolej EON yang sentiasa cintakan kolej walaupun telah berkerjaya.

Harapan
Semoga Alumni Kolej EON mendapat sambutan yang menggalakkan daripada bekas-bekas pelajar Kolej EON. Diharapkan, usaha mewujudkan alumni ini akan dihargai oleh semua warga Kolej EON.