1. Untuk meletakan gambar di sini, anda harus meng-upload gambar tersebut di mana-mana server image hosting. Terdapat banyak image hosting free yang bole disertai, pilihlah mengikut keperluan. Contoh popular: http://www.photobucket.com/ Sila ke website tersebut dan register di situ.
2. Setelah register, anda boleh mula meng-upload image yang hendak diletak. Klik "Browse" dan pilih gambar yang anda hendaki. Kemudian, klik "Submit".

3. Selepas gambar anda berjaya di upload, copy alamat atau "code" image tersebut seperti yang ditunjukan oleh anak panah.

4. Kemudian, paste kan alamat atau code tersebut di dalam posting anda, seperti ditunjukan di bawah:
[ img]http://img.photobucket.com/albums/v76/underhill/tut2.jpg[/img]
5. Sedikit peringatan: Sila kecilkan saiz gambar anda sebelum meletakkan di dalam forum, saiz yang sesuai ialah width = "420pixels".
6. Jika anda menggunakan kamera digital bersaiz pixel yang tinggi, sila kurangkan kualiti image untuk memasukkan gambar di sini. Ini adalah untuk memudahkan semua melihat gambar yang dimasukkan tanpa perlu menunggu masa loading yang lama.

